Polisi Privasi
Terakhir dikemas kini: 2026
Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Malaysia.
Polisi Privasi ini menerangkan cara SinuX HQ ("kami", "kita" atau "SinuX") mengumpul, merekod, menyimpan, mengguna dan melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Malaysia apabila anda melayari Laman Web ini atau membuat pembelian.
1. Pengumpulan Maklumat Peribadi
Apabila anda melawat atau membuat pesanan di laman web kami, kami mungkin mengumpul maklumat berikut:
- Maklumat Pengenalan: Nama penuh.
- Maklumat Komunikasi: Nombor telefon (WhatsApp) dan Alamat Emel (jika berkenaan).
- Maklumat Logistik: Alamat pengeposan penuh dan poskod.
- Maklumat Transaksi: Kaedah pembayaran pilihan (Bank tempatan, FPX, atau COD).
2. Penggunaan Maklumat Peribadi
Maklumat anda yang dikumpul akan digunakan hanya untuk tujuan berikut:
- Memproses pesanan dan menghantar produk ke alamat anda.
- Memberi kemas kini status pesanan melalui SMS atau WhatsApp.
- Menghubungi anda untuk khidmat pelanggan (Customer Support) berkenaan produk SinuX.
- Tujuan pematuhan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa di Malaysia.
3. Perlindungan & Keselamatan Data
Kami komited untuk memastikan maklumat anda selamat. Tiada data peribadi anda akan dijual, disewakan, atau dikongsi kepada pihak ketiga untuk tujuan pemasaran secara tidak sah.
Untuk transaksi kewangan (FPX/Online Banking), semua proses dikendalikan sepenuhnya oleh gerbang pembayaran (Payment Gateway) rasmi dan disulitkan (encrypted) sepenuhnya. Kami tidak menyimpan butiran perbankan atau kad kredit anda di pelayan (server) kami.
4. Pendedahan Maklumat kepada Pihak Ketiga
Kami hanya mendedahkan maklumat relevan kepada rakan kongsi perkhidmatan pihak ketiga semata-mata untuk kelancaran tempahan, tertakluk di bawah kewajipan kerahsiaan, iaitu:
- Syarikat kurier (contoh: PosLaju, J&T, NinjaVan) untuk tujuan penghantaran fizikal.
- Pembekal gerbang pembayaran (Payment Gateway) untuk pengesahan transaksi.
5. Hak Pelanggan ke atas Data Peribadi
Tertakluk pada PDPA 2010, anda mempunyai hak pada bila-bila masa untuk:
- Akses kepada atau meminta pembetulan/kemas kini maklumat peribadi anda.
- Menarik balik persetujuan atau meminta penyingkiran/pemadaman data anda dari sistem pangkalan data kami setelah pesanan selesai.
6. Hubungi Kami
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaaan, kebimbangan, atau permohonan padam data berkenaan Polisi Privasi ini, sila hubungi bahagian khidmat pelanggan kami melalui butiran di bawah:
- SinuX HQ
- No. Pendaftaran SSM: 202403139767
- Khidmat Pelanggan WhatsApp